Panduan insurans untuk POSLAJU
Siapa pernah atau pos barang?
Tak kesah laa korang penjual atau nak pos barang dekat orang-orang yang korang kenal. Kadang2 barang tu murah, tapi kadang-kadang mahal kan? Pernah terpikir tak macam mana kalau hilang? Atau pon korang belum lagi pos, tapi takut barang tu hilang? Lagi-lagi kalau barang tu mahal. Apa yang korang perlu buat?
Sebab admin selalu guna Pos Laju, ni admin nak kongsi sikit maklumat pasal insurans PosLaju. Dia ada dua jenis, WALK IN ON DEMAND dan CONTRACT
-----
Pos Laju insurans untuk WALK IN ON DEMAND
Pos Laju offer insurans jenis Walk In / On Demand ni untuk pelanggan-pelanggan biasa yang tiada kontrak dengan Pos laju. Kira macam korang tak selalu sangat pos laa, amik yang ni jee. bawah ni korang boleh tengok sendiri ape perbezaaan dia. Dari segi jenis barang, coverage pampasan. barang yang tak boleh dan lain-lain laa.
-----
Dia terbahagi kepada 2, ikut kesesuaian cara pos dan cara perniagaan korang jugak
POS LAJU SHIELD
Pos Laju Shield ni adalah insurans takaful yang berada dibawah Zurich Takaful. Pos Laju Shield nih korang boleh mohon dekat mana-mana cawangan Pos Laju atau Pejabat Pos.
Pakej dia ada empat. 10 Bungkusan, 100 bungkusan, 300 bungkusan dan 500 bungkusan. Kira macam kredit topup laa. Pakai sekaligus atau sikit-sikit pon boleh. Contoh harini pakai untuk 2 bungkusan, balance next time pulak. Dekat bawah ni korang boleh tengok laa harga dia serta pampasan.
- Insurans hanya serendah RM0.80 untuk setiap bungkusan (tapi kene beli untuk 10 terus)
- Pampasan sehingga RM4,000* untuk bungkusan yang hilang atau kerosakan barangan
- Maksimum 5* hari untuk urusan pampasan
- Cepat dan mudah dalam tuntutan pampasan
* Tertakluk kepada syarat dan terma
-----
POS LAJU TAKAFUL
Pos Laju Takaful adalah insurans takaful yang berada dibawah Etiqa Takaful. Pos Laju Shield nih korang boleh mohon dekat mana-mana cawangan Pos Laju atau Pejabat Pos. Dekat bawah ni korang boleh tengok laa harga dia serta pampasan.
Kelebihan insurans ni :
- Insurans hanya serendah RM1.50 untuk setiap bungkusan
- Pampasan sehingga RM50,000* untuk bungkusan yang hilang atau sebarang kerosakan
- Meliputi barangan rosak/pecah, hilang, terbakar, kerosakan air atau kemalangan
- Coverage yang tinggi, berdasarkan bayaran insurans yang diambil
* Tertakluk kepada syarat dan terma
-----
Pos Laju insurans untuk CONTRACT CUSTOMER. Pelanggan kontrak
Pos Laju pon ada menyediakan pakej insurans untuk pelanggan kontrak. Pampasan boleh dibuat untuk barang yang rosak/hilang, sama macam pakej insurans yang atas tu. Nih merangkumi untuk pos dalam dan luar negara.
Ciri-ciri insurans pelanggan kontrak ni macam dekat bawah ni:
- Dokumen dan bungkusan dengan nilai insurans/pampasan sehingga RM500,000.00*
- Termsuk juga untuk barangan seperti yang mempunyai enjin dan perkakasan elektronik macam motorsikal dan komputer
- Syarikat insurans tidak akan will not insure all items which are prohibited and not acceptable for courier by Pos Laju
Bawah nih harga insurans tu. Dia ikot nilai peratusan dari harga barang tu.






Comments
Post a Comment